Monday 7 November 2011

Halalkah Bovine Gelatine Shaklee


Assalamualaikum…
 Saya terpanggil untuk mengulas isu ini.Saya telah membuat pemerhatian pada beberapa botol produk dietary supplemen yang dijual difarmasi.Mereka pun menggunakan Kapsul Bovine.Apa yang jelas tertera"Gelatin for Softgel Capsule: Halal certified Bovine source".Mungkin anda diluar sana pun ada membelinya.Apa yang saya nak utarakan disini boleh dikatakan kebanyakan vitamin2 yang ada dipasaran menggunakan Kapsul Bovine.Cuma bila produk Shaklee menggunakan Kapsul Bovine isu ini seolah-olah sengaja disensasikan.Apapun kita tidak boleh menyalahkan pengguna kerana mereka berhak untuk menyuarakan pendapat masing-masing.Ini kerana isu HALAL adalah perkara yang tidak boleh dipandang remeh kerana setiap makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita.

Jom kita dengar tentang kajian yang telah dilakukan sahabat saya tentang status halal Shaklee....
 Kebelakangan ni banyak betul isu tentang Halal Haram Shaklee. Tidak mengapa, itu adalah hak kita sebagai pengguna untuk memastikan benda-benda yang diambil tu benar-benar halal. Apatah lagi ia berkenaan dengan benda yang nak dimasukkan dalam badan. Oh, saya harap kita tidak hanya menitik-beratkan halal haram dalam makanan ye. Tetapi juga pergaulan, pemakaian, percakapan dan seluruh aspek kehidupan. Barulah dinamakan Islam yang sebenar, bukan.
Beberapa produk Shaklee berbentuk kapsul iaitu CarotoMax (Vit-A)Vitamin E & Omega Guard di buat daripada Bovine Gelatine. Lalu, bagaimanakah status kehalalannya?
Alhamdulillah, saya telah diyakinkan oleh upline dan kawan-kawan saya bahawa gelatin Shaklee adalah HALAL. Ibu & bapa upline saya sendiri pernah pergi ke Shaklee U.S. untuk melihat sendiri bagaimana supplements Shaklee di hasilkan. Menurut mereka, memang diasingkan pembuatan untuk negara Islam & bukan Islam. Memang unik dan kagum. Alhamdulillah.
Untuk makluman pengguna Shaklee yang masih ragu-ragu akan ke’HALAL’an nya (seperti saya sebelum ini), di bawah ini saya sertakan Sijil Halal Shaklee…
Sijil Halal
Klik untuk lihat dengan lebih besar

Ini pula bukti yang menunjukkan ISA ini diiktiraf oleh JAKIM
Oh, ada juga yang dah bertanya directly dengan Shaklee dan diberikan senarai barangan yang diperbuat daripada sayur seperti di bawah.
Kalau dilihat ada senarai makanan dalam sijil Halal tu tak termasuk dalam sijil vegetarian. Ini mungkin kerana mengandungi lemak ikan dan lain-lain daging yang halal. Oh, ada vegetarian yang tak makan telur pun.
Tapi kalau dilihat pada sijil halal tersebut, kesemua produk yang ada di Malaysia ada tertulis dalam tu. Alhamdulillah. Jadi, gunakan tanpa was-was ya. Jika masih ragu-ragu silakan hubungi pihak yang berkenaan dan berkaitan. Tetapi seperti yang dinyatakan di atas penghasilan untuk negara Islam dan bukan Islam adalah berbeza. Jadi, untuk maklumat lanjut tentang Shaklee Malaysia tanyalah Shaklee Malaysia, bukan Shaklee Jepun(sebagai contoh) pula ye. Untuk rakan-rakan di luar negara, Saya tidak pasti bagaimana pemprosesan di negara lain. Jadi, sila check dengan Distributor di sana untuk kepastikan ya.
p/s – saya juga seorang muslim, tentunya saya tidak mahu menambah saham dosa saya dengan memakan sesuatu yang haram apatah lagi mengedarkannya kepada orang ramai.
credit to Hanis Amin Shaklee Store

Share/Bookmark

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...